14 Mac
Peranan Pusat Penilaian APEL
- Fungsi utama pusat ini ialah untuk menjalankan penilaian APEL untuk calon yang berhasrat untuk menyertai program sijil (T3) dan program diploma (T4).
- Membantu dan membimbing calon dalam proses permohonan penilaian dan kemasukan berdasarkan APEL
- Menjadi sebuat pusat penilaian APEL yang memudahkan calon APEL dari pelbagai pelosok negeri untuk memohon dan menjalani ujian APEL.
- Menjadi sebuat pusat yang akan menyediakan sokongan untuk keperluan sijil bagi calon yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
- Menjadi sebagai pusat untuk memenuhi kriteria dan instrumen penilaian kemasukan melalui APEL ke pusat pengajian tinggi.
- Menjadi sebuah pusat yang dapat meningkatkan akses dan meluaskan penyertaan calon yang tidak cukup kredit tetapi mempunyai pengalaman kerja yang ingin menyambung ke peringkat yang lebih tinggi.